cara belajar masa kini

Saturday 29 September 2012




CARA-CARA  MENCEMERLANGKAN DIRI REMAJA

  Remaja adalah aset Negara yang sangat bernilai pada zaman ini. Remaja pada zaman ini akan memimpin negara suatu masa nanti. Terdapat beberapa cara remaja untuk mencemerlangkan diri.
  Antara cara mencemerlangkan diri ialah mengamalkan gaya hidup sihat. Dengan ini, kita terhindar dari pelbagai jenis penyakit yang berbahaya. Kita perlu melibatkan diri dalam aktiviti gaya hidup sihat seperti berjoging,beriadah waktu petang dan sebagainya.
  Selain itu, kita perlu mempunyai jati diri yang tinggi untuk berjaya. Dengan adanya jati diri yang tinggi dapat melahirkan insan yang cemerlang. Remaja yang cemerlang dan mempunyai jati diri seperti bertanggungjawab terhadap diri sendiri agama,bangsa dan negara.
  Di samping itu, mendengar nasihat ibu bapa juga merupakan ciri remaja cemerlang.Kita harus mendengar nasihat ibu bapa kerana ibu bapa yang membesarkan kita. Dengan mendengar nasihat ibu bapa, kita dapat tahu sama ada perkara yang kita lakukan itu benar atau salah.
  Berfikiran terbuka juga salah satu ciri-ciri remaja cemerlang. Berfikiran terbuka bererti kita dapat terima sesuatu perkara dengan fikiran yang lapang dan hati yang terbuka. Dengan berfikiran terbuka juga membolehkan kita melakukan sesuatu perkara dengan sikap yang professional.
  Akhir sekali, salah satu cara untuk mencemerlangkan diri ialah dengan mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak luar. Kita juga boleh mengikuti motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau pihak luar.

Refleksi



Salam Refleksi.

Saya tujukan khas buat Pensyarah Pembimbing BMM 3105  (kelas BM 2) yang tidak jemu-jemu memberi penerangan dan tunjuk ajar. Saya akui tugasan yang diberikan memang cukup mencabar bagi diri saya. Berbekalkan asas pengetahuan IT yang sangat cetek, saya gagahi juga membina Blog Pembelajaran BMM 3105 ini seadanya.Harap tuan memahami dan memaafi.

Dengan menggunakan internet, laman web pembelajaran secara dalam talian dan luar talian, model perpautan dalam penyusunan bahan dan perpautan antara bahan menjadikan saya agak pening memikirkannya.Dengan bantuan rakan-rakan dan dengan masa yang agak terbatas, saya memilih bahan dari internet untuk pengajaran dan pembelajaran yang dimulai dengan tapak pembelajaran yang mudah.

Saya juga belajar mengedit bahan pengajaran Bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan dan cakera padat pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.Walaupun pengetahuan dalam Kemahiran TMK saya amat terhad, saya cuba juga dengan harapan dapat mempelajari sesuatu secara cuba jaya.

Akhir kata dari saya, akar ilmu itu sememangnya pahit, namun buahnya adalah manis.






madah bermadah.....Akar ilmu itu sememangnya pahit, tetapi buahnya adalah MANIS.....

Tuesday 28 August 2012

Belek-belek Bahasa





LEWAH
BANYAK  (murid-murid) jamak=banyak
PARA (guru-guru)
ü BANYAK (kanak-kanak)-kata ganda tunggal (1)
ü BANYAK (kupu-kupu)-kata ganda tunggal (1)
(Koleksi)-himpunan
(Koleksi) lagu
(Koleksi) lagu-lagu (salah sebab RI dan DEN)
Sembilu= sejenis benda tajam pada buluh

Sedikitpun
Sedikit (pun) juga

Saling hormat-menghormati (SALAH)
v Hormat-menghormati (BETUL)
v Saling menghormati (BETUL)

Saling berpeluk-pelukan (SALAH)
v Saling berpelukan (BETUL)
v Berpeluk-pelukan (BETUL)


POLISIM (kata banyak makna)
Dayung
·      Perahu
·      Basikal
Tandas
·      Tandas @ toilet
·      Makan sampai licin (Mimi makan mee itu sehingga tandas)
·      (Raja Melaka telah mengenakan hukuman tandas kepada penyamun itu)
Mencelah = menyampuk

SEMANTIK (MAKNA)
Pendalaman = proses mendalam
Pedalaman = kawasan terpencil
Telur = telur yang direbus sehingga keras isinya
Telor = longhat @ dialek
Petempatan = kawasan
Penempatan = proses menempatkan

Friday 10 August 2012

Artikel 1


1. [100.00%] Utusan Malaysia Online
Utusan Online - The Malaysian top news provider in English and Bahasa Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pg=specialcoverage/separuhpenggalrmk9/index.htm - 38.9kb
Utusan Online - The Malaysian top news provider in English and Bahasa Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini - 37.8kb
Utusan Online - The Malaysian top news provider in English and Bahasa Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik - 37.3kb
Utusan Online - The Malaysian top news provider in English and Bahasa Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?sec=Bisnes&i=section/bisnes.asp - 38.5kb
Utusan Online - The Malaysian top news provider in English and Bahasa Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri - 35.6kb
Utusan Online - The Malaysian top news provider in English and Bahasa Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi - 34.6kb
Utusan Online - The Malaysian top news provider in English and Bahasa Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan - 34.7kb
Utusan Online - The Malaysian top news provider in English and Bahasa Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?sec=Pendidikan&i=section/pendidikan.asp - 44.9kb
Utusan Online - The Malaysian top news provider in English and Bahasa Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0502&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm - 29.9kb
Utusan Online - The Malaysian top news provider in English and Bahasa Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?sec=Sukan&i=section/sukan.asp - 38.6kb

Friday 27 July 2012

ALAM MAYA BMM 3105 PENGAJARAN BM BERBANTUKAN KOMPUTER

Bahasa di Alam maya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan....  boleh digambarkan diri saya buat pertama kali memblog.Semoga  apa yang dirancang  diberkati Yang Maha Esa.